Wednesday 15 June 2011

1st Time Ride to Ulu Kuang

Hari yang sama juga, selepas pergi menemani ibu bapa ku ke tesco. Jam 11.00AM Aku mula bersiap-siap untuk ride ke Ulu Kuang(kampong aku). Selang beberapa minit kemudian Kari sampai dan ckp kt aku "Apek jap lagi sampai la, tapi dia naik motor...tak larat katanya..". Sebaik Apek sampai bersama adiknya Azmi menaiki motor, kami pun mulakan perjalanan pada jam 12.00PM.

Taman Mewah, Ulu Kinta, Perak.

Selepas Keluar Simpang Taman Mewah

Tempat yang pertama kami lalui ialah Ulu Kinta dan seterusnya Tanjung Rambutan, masih tiada persinggahan lagi. Sesudah kami penat push-push kayuahan tiba kami di SMK Tanjung Rambutan iaitu tempat persinggahan pertama kami, disamping menunggu apek dan adiknya sampai. Yang peliknya mcmana motor boleh lambat pulak..hahaha.."memang dengar macam pelik..tapi ikot sajalah jalan ceritanya"..Rupa-rupanya mereka pergi membeli Air Kosong dan Apam Balik kat pekan tanjung tadi..hahaha..

SMK Tanjung Rambutan

Setelah dapat hilang dahaga, kami teruskan perjalanan lagi. Jalan kat sini berbukit,agak letih sikit bila kayuh dijalan yang bebukit. Kalau tak silap hampir 4 bukit yang kami lalui sebelum sampai ditempat perhentian kami yang seterusnya iaitu di Tanah Hitam. Kami berehat selama 10minit. 

Bukit Kinding
Tanah Hitam - Gambar Ke4 tu dari kiri Azmi,Kari dan Apek

Jam 12.55PM kami meneruskan perjalanan. Sudah tidak jauh lagi Ulu kuang. Setibanya di Ulu Kuang kami singgah berehat lagi dikedai runcit untuk membeli Air Minuman Merinda Hijau dan Ais Batu. Kami menerima SMS dari Deli yang menanyakan "ang kat mana ajim?" kami menjawab "kat Ulu Kuang..kampung ajim..datang lerrr sini.." Deli menjawab "takpe la takde sen laa...huhu..". Tanpa buang masa dan dah tak sabar nak berendam, kami pun meneruskan perjalanan. Setibanya kami ditempat yang dituju. kami pun parking motor dan basikal ditempat yang selamat. Maaf selama perjalanan ker sini tiada sesi Photografer yang dibuat..hehehehe..

Yang menariknya disini sebab Terdapat Air Panas Semulajadi dan Sungai. Tetapi sungainya tak dalam, cukup sekadar nak baring dan berendam jerr. 1st sekali kami pergi melihat air panas tak sangka dah berubah, siap ada kolam. Tapi sayangnya air panas kat kolam tu suam je tak berapa nak panas. Lagi pun kat sini tak ramai orang yang tahu sebenarnya. kat sini yang mandi kami berempat jela pun pada hari tu.



4Gambar Terakhir Ini ialah Kolam Air Panas

Ok seterusnya macam biasa kerja memasak meggi yang dilakukan oleh kari. Masa tu aku dan apek dah mula berendam, kari dan azmi sibuk memasak. Setelah siap masak, kami pun makan. Bila aku dah selesai makan,aku sambung berendam semula. Bila aku bangun aku tengok anak-anak ayob(Apek dan Azmi) sedang duduk kt tepi sungai. Aku pergi tengok rupa-rupanya ada air yang mengalir dari kolam air panas tu, tapi air yang mengalir disini lagi panas. Boleh masak telur rebus la juga. hehehe.

 Huh Sejuknya...



Sesudah puas berada disungai itu tiba la masa untuk bertolak ker kampung aku untuk mencari buah-buahan didusun aku.

Masa Nak Bertolak Dari Sungai

Setibanya dikampung aku, aku bagi salam tapi tiada sapa yang menyahut. Hampir 10 kali la juga. Mungkin Opah aku tidur kot. Aku pun bg cadangan "tak payah la kacau opah aku tidur kot". So kami pun pergi la kedusun. Yang mengecewakan kami tak ada satu buah pun yang dapat kami bawak pulang. Hari pun dah mendung masa tu. So Aku dan Kari kayuh jalan lain iaitu jalan yang seperti mana kami rancangkan. Apek dan Azmi pulak ikot jalan kami datang tadi sebab yang mendung sebelah jalan yang aku rancangkan. So Apek dan Azmi kena bawa semua barang kami. Takot basah Handphone dan Dompet. 

Selama perjalanan Aku dan Kari dari kampuang Ulu Kuang - Kanthan - Chemor - Klebang - Short Cut ke Tanjung Rambutan - Ulu Kinta tiada tempat perhentian sehingga hampir sampai Taman Mewah baru berhenti disbbkan hujan lebat, jalan pun tak berapa nak nampak. Basikal kami bukan ada lampu pun. Takot la kenderaan belakang tak nampak kami nanti. Sehingga Hujan seperti biasa dan jalan boleh nampak barulah kami meneruskan perjalanan. Akhirnya sampai juga. Huuuuhhhhh!!!!...... Masa ni memang tak ada dah sesi photografer sbb Handphone aku dah dibawa pulang oleh Apek dan Azmi tadi.

Jadi itu sajalah pengalaman aku nak cerita. Harap Korang Enjoy.

No comments:

Post a Comment