Apa itu Mountain Biking

Mountain Biking ialah sukan yang terdiri daripada kayuhan basikal yang melalui Off-road atau jalan yang lasak(seperti hutan, berbukit-bukit, dan lain-lain lagi). Kebiasaannya pengguna memanggilnya Mountain Bikes(MTB). Mountain Bikes sama sahaja dengan basikal biasa, cuma pembuatannya lebih tahan berbanding yang biasa kerana ciri-ciri pembuatannya lebih menjurus kepada ketahanan yang sesuai dengan keadaan yang lasak.

Mountain Biking umumnya dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya cross country (XC), trail riding, all mountain, downhill , freeride , street riding, dirt jumping dan trails. Ini adalah sukan berindividu yang memerlukan daya ketahanan dari segi fizikal dan mental. Ia juga memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya.

Mountain Biking boleh dilakukan hampir dimana-mana sahaja dari jalan raya ke jalan lasak. Kebiasaannya pengayuh Mountain Bikes memilih jalan Off-road, Fire road or Singletrack (Jalan yang sempit melalui hutan-hutan, gunung-ganang, atau gurun). Terdapat Mountain Bikes yang sama kesan bergerak basikal. Penunggang mestilah  tahu cara untuk membaiki  basikal yang rosak atau tayar bocor untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini. Banyak penunggang yang akan membawa beg galas termasuk water bladder, mengandungi semua peralatan penting dan peralatan untuk membaiki , dan juga membawa bekalan kecemasan jika berlakunya kecederaan. 




Antara Aksesorinya

Sarung Tangan

Cermin Mata

Kasut

Pakaian

Hydration System

Pam

Peralatan Basikal


High-power Light


Peralatan Keselamatan / Perlindungan

Helmet

Body Armor 

First Aid