Monday 13 June 2011

Peredaran Masa

Televisyen atau TV ialah sejenis media telekomunikasi yang amat penting pada masa kini. Tidak dinafikan setiap rumah di malaysia pasti mempunyai 1 atau lebih.

Disini aku bukan nak cerita tentang televisyen dengan lebih jelas tetapi aku nak cerita tentang perubahan TV daripada aku dilahirkan sehingga ke hari ini. Tv pertama yang aku pakai ialah Tv biasa yang bersaiz 24inchi je keluaran Brand Panasonic. Aku pakai sejak tahun 1990 kot dan masih digunakan sehingga ke hari ini, bermakna ia berusia sama seperti ku 21tahun betapa tahannya Tv lama tu. Kalau dulu aku ada Video Tape Player yang berfungsi untuk menonton movie,cartoon,dan sebagainya. Itu pun sebelum adanya VCD dan DVD Player. Lagi pun VCD dan DVD player atau Astro mmg tak boleh ditonton kat Tv lama ni. Banyak jasanya kepada keluarga ku.


Tv yang kedua pernah aku gunakan ialah tv biasa juga, yang bersaiz 29inchi keluaran Brand Mizuda. Tak terkenal pun brand ni, Beli pun sebab nak masuk Astro. Memakainya sejak tahun 2004/2005 kot, dah pakai sehingga ke hari ini dan telah rosak pada harin. Tu yang kecewa. Tv ni boleh la nak tengok VCD dan DVD. Dulu masa lanun cakera tengah top, ada la beli juga. tapi sejak VCD dah rosak dulu terus tak beli dah. Tapi semenjak pandai download movie kat internet sejak tahun lepas, dah menjimatkan aku lagi, tak perlu nak bazir duit beli tiket wayang dan tak perlu aku nak bazir duit beli VCD cetak rompak lagi.


Tv yang terakhir buat semasa ini ialah Tv LCD yang bersaiz 32 inchi keluar brand Sharp. Brand yang sedang merosot buat masa sekarang dengar khabarnya. Setakat yang aku pakai ni aku tengok gambarnya lebih cantik berbanding sebelum ini.


Cerita ini mengenai perubahan sesuatu barang dalam masa yang singkat. Tak mustahil suatu masa nanti Paparan Tv tu akan berubah ke bentuk Hologram. So itu la sedikit sebanyak yang dapat aku cerita.

No comments:

Post a Comment