Wednesday, 15 June 2011

1st Time Ride to Ulu Kuang

Hari yang sama juga, selepas pergi menemani ibu bapa ku ke tesco. Jam 11.00AM Aku mula bersiap-siap untuk ride ke Ulu Kuang(kampong aku). Selang beberapa minit kemudian Kari sampai dan ckp kt aku "Apek jap lagi sampai la, tapi dia naik motor...tak larat katanya..". Sebaik Apek sampai bersama adiknya Azmi menaiki motor, kami pun mulakan perjalanan pada jam 12.00PM.

Taman Mewah, Ulu Kinta, Perak.

Selepas Keluar Simpang Taman Mewah

Tempat yang pertama kami lalui ialah Ulu Kinta dan seterusnya Tanjung Rambutan, masih tiada persinggahan lagi. Sesudah kami penat push-push kayuahan tiba kami di SMK Tanjung Rambutan iaitu tempat persinggahan pertama kami, disamping menunggu apek dan adiknya sampai. Yang peliknya mcmana motor boleh lambat pulak..hahaha.."memang dengar macam pelik..tapi ikot sajalah jalan ceritanya"..Rupa-rupanya mereka pergi membeli Air Kosong dan Apam Balik kat pekan tanjung tadi..hahaha..

SMK Tanjung Rambutan

Setelah dapat hilang dahaga, kami teruskan perjalanan lagi. Jalan kat sini berbukit,agak letih sikit bila kayuh dijalan yang bebukit. Kalau tak silap hampir 4 bukit yang kami lalui sebelum sampai ditempat perhentian kami yang seterusnya iaitu di Tanah Hitam. Kami berehat selama 10minit. 

Bukit Kinding
Tanah Hitam - Gambar Ke4 tu dari kiri Azmi,Kari dan Apek

Jam 12.55PM kami meneruskan perjalanan. Sudah tidak jauh lagi Ulu kuang. Setibanya di Ulu Kuang kami singgah berehat lagi dikedai runcit untuk membeli Air Minuman Merinda Hijau dan Ais Batu. Kami menerima SMS dari Deli yang menanyakan "ang kat mana ajim?" kami menjawab "kat Ulu Kuang..kampung ajim..datang lerrr sini.." Deli menjawab "takpe la takde sen laa...huhu..". Tanpa buang masa dan dah tak sabar nak berendam, kami pun meneruskan perjalanan. Setibanya kami ditempat yang dituju. kami pun parking motor dan basikal ditempat yang selamat. Maaf selama perjalanan ker sini tiada sesi Photografer yang dibuat..hehehehe..

Yang menariknya disini sebab Terdapat Air Panas Semulajadi dan Sungai. Tetapi sungainya tak dalam, cukup sekadar nak baring dan berendam jerr. 1st sekali kami pergi melihat air panas tak sangka dah berubah, siap ada kolam. Tapi sayangnya air panas kat kolam tu suam je tak berapa nak panas. Lagi pun kat sini tak ramai orang yang tahu sebenarnya. kat sini yang mandi kami berempat jela pun pada hari tu.



4Gambar Terakhir Ini ialah Kolam Air Panas

Ok seterusnya macam biasa kerja memasak meggi yang dilakukan oleh kari. Masa tu aku dan apek dah mula berendam, kari dan azmi sibuk memasak. Setelah siap masak, kami pun makan. Bila aku dah selesai makan,aku sambung berendam semula. Bila aku bangun aku tengok anak-anak ayob(Apek dan Azmi) sedang duduk kt tepi sungai. Aku pergi tengok rupa-rupanya ada air yang mengalir dari kolam air panas tu, tapi air yang mengalir disini lagi panas. Boleh masak telur rebus la juga. hehehe.

 Huh Sejuknya...



Sesudah puas berada disungai itu tiba la masa untuk bertolak ker kampung aku untuk mencari buah-buahan didusun aku.

Masa Nak Bertolak Dari Sungai

Setibanya dikampung aku, aku bagi salam tapi tiada sapa yang menyahut. Hampir 10 kali la juga. Mungkin Opah aku tidur kot. Aku pun bg cadangan "tak payah la kacau opah aku tidur kot". So kami pun pergi la kedusun. Yang mengecewakan kami tak ada satu buah pun yang dapat kami bawak pulang. Hari pun dah mendung masa tu. So Aku dan Kari kayuh jalan lain iaitu jalan yang seperti mana kami rancangkan. Apek dan Azmi pulak ikot jalan kami datang tadi sebab yang mendung sebelah jalan yang aku rancangkan. So Apek dan Azmi kena bawa semua barang kami. Takot basah Handphone dan Dompet. 

Selama perjalanan Aku dan Kari dari kampuang Ulu Kuang - Kanthan - Chemor - Klebang - Short Cut ke Tanjung Rambutan - Ulu Kinta tiada tempat perhentian sehingga hampir sampai Taman Mewah baru berhenti disbbkan hujan lebat, jalan pun tak berapa nak nampak. Basikal kami bukan ada lampu pun. Takot la kenderaan belakang tak nampak kami nanti. Sehingga Hujan seperti biasa dan jalan boleh nampak barulah kami meneruskan perjalanan. Akhirnya sampai juga. Huuuuhhhhh!!!!...... Masa ni memang tak ada dah sesi photografer sbb Handphone aku dah dibawa pulang oleh Apek dan Azmi tadi.

Jadi itu sajalah pengalaman aku nak cerita. Harap Korang Enjoy.

Menemani Ibu Bapa

Harini aku teman mak dan ayah aku pergi ke tesco extra. So, takde lagi la Pencarian Yang Sesuatu Penyeksaan.

Ceritanya macam ni. Sedang aku berjumpa buah hatiku tiba-tiba aku tersedar dari mimpi dan kedengaran suara "Azimmmm.. mak nak pergi tesco ni kamu nak ikut tak?? mak nak beli barang untuk adik kamu" adik(sedang belajar dimatrik Gopeng Perak) mulanya aku kata "tak nak la mak" terus lepas tu "eh eh jap nak pergi", tunggu jap azim mandi" dalam hati aku "untung juga aku pergi boleh beli macam-macam"  hahaha. Mak aku ckp mak cik mon ikot skali(jiran aku). Sesudah aku siap kami pun bertolak..smpai di Bercham, Ipoh, kami singgah makan. Aku membedal nasi lemak begitu juga mak cik mon. Mak dan ayah aku makan roti canai. So, perut dah kenyang baru boleh gerak.

Sesudah sampai. Mak aku dan mak cik mon dan difollowi oleh aku pergi masuk seterusnya ayah aku baru masuk.. Aku pergi mengambil trolly dan membawanya masuk ke dalam. 1st mak mencari barang utk adik dan mak cik mon jugak beli barang untuk anaknya(juga belajar dimatrik Gopeng Perak). Antara barangnya (kertas kosong A4 dan kertas test pad) aku ingatkan banyak ler adik aku pesan. hehehe. Dan seterusnya mak aku nak cari barang dapur plak. Tapi kenapa la suka singgah kat tempat yang tak perlu, plik aku.


Yang Gambar akhir ni lah mak aku dan Yang lagi sorang tu mak cik mon.

Sesudah menjumpai jalan ke barang dapur.. haha, sampai la sudah kt tempat ayam. Mak dan mak cik mon beli ayam yang dah siap potong punya, cuma kena pilih la mana satu yang elok. Ikan juga mak aku turut membelinya. Seterusnya pergi memilih sayur. Semasa pemilihan sayur ni ayah aku juga ada memilih antaranya ada kat dalam gmbr yg aku sertakan Kalau tak silap la ada dalam 6jenis sayur mak aku beli tu. 

Yang dari gambar no.3 tu la ayah aku.

Seterusnya, mak aku pergi mencari air miniral untuk adik aku dan mengambil air miniral tesco 1.5Lx12bottle dengan harga RM8.79. Dalam hati aku "ada can aku nk amik air 100plus botol besar" huhu..aku pun amik jela Selain tu juga mak membeli kudap2 untuk makanan ringan dirumah dan juga utk adk aku.


So itu sajalah yang dapat aku kongsi.

Monday, 13 June 2011

Peredaran Masa

Televisyen atau TV ialah sejenis media telekomunikasi yang amat penting pada masa kini. Tidak dinafikan setiap rumah di malaysia pasti mempunyai 1 atau lebih.

Disini aku bukan nak cerita tentang televisyen dengan lebih jelas tetapi aku nak cerita tentang perubahan TV daripada aku dilahirkan sehingga ke hari ini. Tv pertama yang aku pakai ialah Tv biasa yang bersaiz 24inchi je keluaran Brand Panasonic. Aku pakai sejak tahun 1990 kot dan masih digunakan sehingga ke hari ini, bermakna ia berusia sama seperti ku 21tahun betapa tahannya Tv lama tu. Kalau dulu aku ada Video Tape Player yang berfungsi untuk menonton movie,cartoon,dan sebagainya. Itu pun sebelum adanya VCD dan DVD Player. Lagi pun VCD dan DVD player atau Astro mmg tak boleh ditonton kat Tv lama ni. Banyak jasanya kepada keluarga ku.


Tv yang kedua pernah aku gunakan ialah tv biasa juga, yang bersaiz 29inchi keluaran Brand Mizuda. Tak terkenal pun brand ni, Beli pun sebab nak masuk Astro. Memakainya sejak tahun 2004/2005 kot, dah pakai sehingga ke hari ini dan telah rosak pada harin. Tu yang kecewa. Tv ni boleh la nak tengok VCD dan DVD. Dulu masa lanun cakera tengah top, ada la beli juga. tapi sejak VCD dah rosak dulu terus tak beli dah. Tapi semenjak pandai download movie kat internet sejak tahun lepas, dah menjimatkan aku lagi, tak perlu nak bazir duit beli tiket wayang dan tak perlu aku nak bazir duit beli VCD cetak rompak lagi.


Tv yang terakhir buat semasa ini ialah Tv LCD yang bersaiz 32 inchi keluar brand Sharp. Brand yang sedang merosot buat masa sekarang dengar khabarnya. Setakat yang aku pakai ni aku tengok gambarnya lebih cantik berbanding sebelum ini.


Cerita ini mengenai perubahan sesuatu barang dalam masa yang singkat. Tak mustahil suatu masa nanti Paparan Tv tu akan berubah ke bentuk Hologram. So itu la sedikit sebanyak yang dapat aku cerita.

Friday, 10 June 2011

Pencarian Yang Suatu Penyeksaan

Tesco Extra Ipoh, 9 Jun 2011

Pada jam 11.00AM, aku menemani sahabatku Shahrul(kitorang pnggl die deli jer) pergi ke Tesco Extra nk cari barang basah dapur utk  kenduri doa selamat hari lahirnya pd mlm tu. Berserta senarai Barang-Barang Yang Di Perlukan.

Pintu Masuk Tesco Extra

1st skali yang kami mencari ialah ayam.. bila dh sampai kt tmpt pilih ayam aku betnya kt deli "mcm mana cara nk pilih ayam ye??" hahaha..deli jawab " entahlah aku pun tak th.." smbungnye lagi "kite belasah jela amik asalkn pilih ayam yg besar punyeee.." huhuhu nampak dh tak penyeksaan tu?? ada lg tggu aku habiskan cerita ni. kalo tak silap sekilo ayam RM6.25. deli amik dalam 5ketul ayam, cadangnye 4ekor ayam je.. tp ayamnye kecik-kecik belaka..tak cukop plak nnt.. haiya..

Ayam

kemudian pergi ke pemilihan Halia..alhamdulillah dapat pilih dgn tepat tapi aku ckp kt deli "halia ni pilih yang keras kot sbb byk yg lembik jer mst tak elok kott"..deli jwb "yela kott". pastu tgk pada senarai barang tulis Kunyit Hidup. dh nmpk dh bawah halia tu tp dilabelkan Kunyit jer.. aku ckp kt deli " ni hah kunyit nye ". deli ckp " hah.. bukan kot, yang ni kunyit tp yg dalam senarai tu kunyit hidup" dekat situ dh timbul kepeningn..hahaha.. deli amik keputusan tnya kt kaunter timbang tu smbil membawa kunyit tu"akak-akak yang ni kunyit hidup ke??"..akak pun dgn selambe ckp "hah ye la kunyit hidup ler tu". deli pun pergi memilih nye tu pun pening jgk mcm mana nk pilih..agak dh mls nk pilih deli pun amik segenggam terus bubuh dlm plastik..

Kunyit

Barang yang seterusnye nk kena cari Daun Kucai, Yang ni yang paling konfius, kami dh tnya kt akak td, die kate ada kt lorong belakang tu. kami pergi la tgk. dh smpai kt lorong tu aku tgk byk nye jenis daun dan aku tnya ler kt deli "daun kucai tu mcmana bentuk nye?". deli jawab "enth lerr aku pun tak th" smbungnye lg "tgk ler kt label tu nk tnya akak tu segan ler pulak". aku cari punye cari br ler ternmpk label Kucai tu. aku cakap kt deli "hah ni pun daun kucai".. deli jwb balik "aik.. napa bentuk nye lain mcm jer" smbung lg "mcm daun ulam jer" dgn konfiden deli ckp bukan yang daun ni utk label yg sebelah tu, mungkin dh habis ler tu kot.. daun kunyit yang dicari pun habis jgk kt situ..

Yang ni ke Daun Kucai???

Barang seterusnye ialah Togey, Cili merah dan Cili Hijau. alhamdulillah yg 3jenis ni kami tak susah mencari nye sbb benda senang je tu..hahaha.."berlagak plak" ...Yang lain kami planing beli kt kedai runcit luar jela kt Bercham Raya. 

Cili Merah

Bercham Raya, 09 Jun 2011 

Jam 13.25PM, tibe je kt Bercham Raya kami pergi cari kedai hardware terlebih dahulu utk beli pinggan,cawan,sudu, dan mangkok polystyrene. lepas tu baru ler pergi cari barang basah dan kuey teow kt kedai ala-ala pasar mini. smpai kt kedai tu kami tnya kt org kedai tu "akak-akak yang mana 1 ehh Daun Kucai". akak tu tanpa segan mengenekn kami "agk-agk adk yg mana 1??". aku pun dengan pantas menjawab " bukan sy nk beli, die ni yg nk beli" smbung lg "akak tnye ler die" hahaha.. dlm hati "lepas aku.." mula nye deli tunjuk "yang ni ke akak?" terus pantas menyambung " eh yg ni daun bawang ler akak kn.".. Akak tu ckp "yela tu daun bawang"..deli pun terus meneka dan terus meneka smpai deli dh tak lalu nak teka..deli ckp "akak dh tak lalu nak teka dh ni..hehehe"...Akak tu pun jawab "yg kamu teka mula-mula td tu ler daun kucai nyeee"..aku pun apa lg menyekek la kt deli tu "hahahahaha..padan muka ang". 1 bala dah lepas..

Seterusnye nk cri daun kunyit plak..deli tanpa bersalah buat muka sekupang "akak daun kunyit yang mana ler plak tak lalu nak teka akak bg jela jawapan nye" akak pun jwb "cancel terus,ingat br nk buat menantu, yg ni ler daun kunyit". pastu amik kuey teow dlm 8packet. dan terus ler kt kaunter..smpai kt kaun dpt lg sorg akak ni plak tnya " daun kunyit ni nk masak apa adk??" huh..deli dgn tenang jawab ler "masak rendang ler kn akak??" akak tu tnye lg buat muka pelik "eh yeke ??" deli dlm keadaan konfius dh..akak tu ckp ler "org gune daun kunyit ni buat lepat pisang la adk" deli tak bersalah ckp "haah yela akak..hah ko ni ler ajim pandai-pandai je ckp buat rendang" akak tu dh mula mengekek dh..aku dgn tgh blurrr "aik aku jgk kene" hahaha..dh kami nk keluar kedai tu akak tu ketawa smbil berkate " betul ler daun kunyit tu buat rendang". aku ngn deli mengekek dlm kereta smpai ke rumah.. 

Itu lerr kisahnya..orang yang tak pernah pergi beli barang dapur..huhuhuh..

Friday, 3 June 2011

1st Time Ride to Ulu Chepor

Pada 01 Jun 2011, Kayuh basikal pergi ke Ulu Chepor untuk mandi.

Huh..awal bangun pagi ingat nak kayuh dekat2 jela..dh smpai bercham aku dgn kawan aku(kari) kayuh ni..die tibe2 ajak aku "wei ajim, jom kite p kayuh ke chepor terus ler..boleh mandi terus". aku ckp kt die balik " pergi berdua mana best..ajak ler sorg lg ker jd ler.." smbung lg " ajak apek ler nk ??"..kari ckp "apek larat ker??" haha..takper pendek kan cerita sikit..berlakon ni xboleh lama2..nnt bosan..

Kami bertolak dari taman(Taman Mewah) aku pkul 11.30pg ms tu matahari dh hampir panas terik tu..haha..tapi itu bukan penghalangnye..antara tempat perhentian kami ialah tanjung rambutan..utk beli meggi kari 3bungkus..cukup la agak nye kami bertiga jer..

Stesen Keretapi Tanjung Rambutan

Setelah selesai keje photographer, kami teruskn perjalanan melalui Hospital Bahagia Tanjung Rambutan utk sampai ke Kelebang Restu..itu pun setelah menmpuh jalan tanah(kebun kelapa sawit)..haha..kami masih lagi teruskan perjalanan dr Klebang Restu ke Chemor..Smpai je kt pekan Chemor kami singgah ke kedai runcit utk membeli air(100plus) sbb masa tu kami dh kering tekak sgt2..aku rasakan nk pitam dh..huhu..tp masa tu jgk kami ditimpa kekecewaan pulak dh sbbnye air yg dicari takde jual pulak kt kedai tu..

Chemor - dari kiri Kari dan kanan Apek

Setelah bertenaga semula dgn rehat dlm ms 10minit, kami teruskan perjalanan utk ke pekan kecik chepor mencari kedai runcit yg menjual air(100plus) huhu..sesudah smpai, akhirnye dpt jgk kami beli air(100plus) disitu dan kami habiskn jgk air tu kt dpn kedai tersebut..bayangkan la letih tak letih kami 1botol besar air(100plus) boleh habis dlm masa 1minit..Maaf kt sini kami tiada berphotographer..

Seterusnye pejalanan kami ke Ulu Chepor, yg memakan masa dlm 10minit sahaja. biasanye aku masuk ke dlm tmpt tu naik motor kene bayar 50cent.. aku tanya la jgk kt pondok jaga kt pintu masuk tu "kene bayar ke ni pakcik" pakcik tu mmbalas" jalan jela takkan basikal nk charge rm0.25 plak"..huhu..kami pun teruskn perjalanan ke tmpat yg dituju..

Pondok Rehat Ulu Chepor

Rakaman Oleh Kari

Huh penat..akhirnye smpai jgk..time tu perut dh kembong ayor dh..tu yg rehat jap..kawan lg sorg sibuk g masak meggi kari yg kami beli tadi..rasa nk terjun je sungai kt dpn kami ni..tp sayangnye ada skola mana buat aktiviti camping kt Ulu Chepor..baru saja nk mandi budak2 skola tu dh terjun dulu..tak pela..kami tunggu lama sikit makanan pulak siap dimasak..apa lg kami syorrruuu la dulu perut sudah lapaq..btl2 sudah je kami habis makan..ada annoucement dr org yg handel program ni ckp "Ada masa lg 10minit je" diulang dua kali..huhu..kami pun rasa alhamdulillah la.. kasi chance la kt budak2 tu mandi dulu..tak lama lepas tu ak terjun, si apek malu2 plak nk mandi sbb ada cewek mandi jgk time tu..aku buat tak thu jer..buat mcm xde sapa..haha..dh selesai mndi sempat jgk lerr nk berphotographer..huhu..

Tiup Periuk

Sesudah mandi, kami salin pakaian lain dan check semua kelengkapan ada ke yg tercicir atau hilang ker..alhamdulillah takde apa2 masalah.. lalu kami terus kan perjalanan pulang..smpai je di simpang keluar Ulu Chepor sempat ler jgk berphotoghraper..

Simpang Keluar Ulu Chepor

Kami meneruskan perjalanan pulang dengan melalui jalan short cut ke Tasek Damai dari Taman Meru Indah. Selama perjalanan ke Tasek Damai kami ada singgah sebentar beli air die gerai makcik apa2 jela.. selepas itu tiada perhentian yg kami berhenti..Dari Tasek Damai kami terus pergi ke Bercham..Sampai di Bercham kami singgah dirumah apek dlm 15minit..

Rumah Apek

Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke taman(Taman Mewah)..huh..itu la pengalaman pertama basikal baru ku..Syukur selamat sampai..

Harap Korang Enjoy..

Thursday, 2 June 2011

Rezeki Awal Pagi

Betul la cakap orang tue-tue bangun awal pagi rezeki sonang masok. Pagi tadi aku telah dikejutkan dengan rezeki oleh kawanku(Ejoy) yang memelawe aku untok memasang khemah kenduri. Dalam hati berkata "biar betul kawan aku ni ajak aku plak". Sbbnya jarang kawanku ni mengajak aku pasang khemah. Ghupe-ghupenye kawan(kari) aku lagi seorang tu masih tidor lagi. Patut laa...hahaha.Tanya Ler jgk masyuk tak pasang hari ni "berapa khemah pasangnye ejoy??" ghupenye 1 khemah jer..aiyak...jd lah sapa nak bagi kerja kan..lagi pun aku tgh cuti sem sekarang ni. sebulan dah lepas, tggl lagi sebulan cuti ni..adoiii~~~

Ingtkan terus boleh pergi pasang khemah lar.. Ghupenye kene tunggu sekejap plak dh.. Ejoy nak hantar tuan empunye khemah(Pak Lop atau nama lain yang kawan2 aku panggil manyak lagiiii!!) ke kedai motor dulu.. Aku ingatkan lama.. Rupenye sekejap jerrr pun.. Tak lama lepas tu aku dgn Ejoy pergi lah ke bengkel Pak Lop utk mengangkat barang2 khemah..

Hahahaha..Yang mengecewakan aku dgn ejoy bawa barang2 sume tu bukannye dengan lori..tapi dengan manual(Jalan Kaka)..huhaha..sebabnya lori Pak Lop dh rosak..Naseb lerrr dekat jer..dalam taman jugak..huhu..Setelah barang utk memasang khemah cukup, aku dgn ejoy mula membuat kerja pemasangan yg mengambil masa 10minit je tu pun tak sampai agaknye..haha..tapi selama aku pasang khemah aku tak pernah tahu cara mengikat tali kain khemah pada besi2 khemah tu..tgk mcm senang jerrr...mungkin caraaa tu aku tak tahu..


Penat Woooooo...haha..

Tapi akhir skali ada jgk la menyenangkan hati kami bile nk bawak kerusi(40) dan meja(kaki ngn papan)(13)..Sbb Pak Lop ada Pajero boleh ler masuk benda kecik tu..itu pun 2kali ambik..mula bawak meja kemudian diekoti dgn kerusi.. Sesudah selesai keje memasang kami diberi arahan utk pegi ke kedai makan(zulzan) yg selalu kami lepak di simpang keluar taman(Taman Mewah). Ingatkan apalah, ghupe-ghupenye dia nak belanja kami minum. Sesudah selesai minum, kawan aku tanya kepada Pak Lop "bile nak buka balik plak khemah tu Pak Lop?". Pak Lop ckp isnin la, sbb tuan rumah nak pakai hari ahad. lepas tu ngn ejoy pon bersurai la..nk bersiap pergi solat jumaat.